Manage PermissionsManage Permissions

Vaksin COVID-19 tiba di Sabah Khamis ini - Ketua Menteri

22/02/2021


KOTA KINABALU, 22 Feb. - Vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech dijadualkan tiba di Sabah pada Khamis ini (25 Feb), kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

 

Katanya beliau sendiri akan menyambut ketibaan bekalan vaksin itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini.

 

"Ketibaan kumpulan pertama bekalan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech di Malaysia amat dialu-alukan sebagai tanda yang amat penting dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19.

 

"Diharap Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini akan dapat dilaksanakan dengan teratur bagi memastikan kejayaannya," katanya menerusi kenyataan hari ini.

 

Semalam Malaysia menerima 312,390 dos kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech. - ©BERNAMA



Attachments