Manage PermissionsManage Permissions

Masalah pendaratan, vaksinasi Ebola di Guinea ditangguh

22/02/2021


MOSCOW, 22 Feb - Kempen vaksinasi Ebola di Guinea ditangguh kerana pesawat yang membawa sejumlah dos vaksin tidak dapat mendarat, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) cawangan Guinea.

 

"Pesawat yang mengangkut vaksin Ebola tidak dapat mendarat di Conakry (ibu kota Guinea) kerana kabus," kata pejabat Conakry WHO di Twitter pada Ahad. Pesawat itu diarahkan menukar haluan ke Senegal.

 

Sepatutnya vaksinasi Ebola dijadualkan di Guinea pada Isnin, tetapi ditunda ke Selasa, 23 Februari.

 

Menurut data terbaharu WHO, lapan kes Ebola dilaporkan di Guinea, empat daripadanya telah disahkan. Satu kematian akibat wabak itu disahkan di negara ini, manakala empat kematian yang disyaki akibat Ebola sedang disiasat.

 

Awal bulan ini, pihak berkuasa kesihatan di Guinea mengisytiharkan wabak Ebola di daerah Goueke, terletak kira-kira 45 kilometer dari Nzerekore, bandar kedua terbesar di negara ini. Ia kes Ebola pertama dilaporkan di negara ini sejak 2006

 

Berikutan itu, WHO telah memulakan usaha membantu Liberia, Sierra Leone dan Republik Demokratik Congo. - ©BERNAMA



Attachments