Manage PermissionsManage Permissions

19 penagih dadah ditahan di Butterworth

05/04/2021


GEORGE TOWN, 5 April. - Seramai 19 penagih dadah termasuk seorang wanita warga emas ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan sekitar Butterworth, di sini, hari ini.

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam operasi lima jam bermula pukul 9 pagi itu, mereka yang ditahan berusia antara 25 dan 61 tahun.

 

"Ketika ditahan ada dalam kalangan mereka yang dalam keadaan lalok atau khayal kerana berada di bawah pengaruh dadah dan ujian air kencing mendapati 16 individu positif dadah," katanya kepada Bernama hari ini.

 

Beliau berkata dalam operasi itu, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyelamatkan 15 gelandangan dan semua mereka diserahkan kepada keluarga masing-masing.

 

Katanya operasi bersepadu itu melibatkan seramai 25 pegawai dan anggota daripada pasukan polis, JKM, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). - ©BERNAMA



Attachments