Manage PermissionsManage Permissions

Ahli Politburo, Pham Minh Chinh dilantik Perdana Menteri baharu Vietnam

06/04/2021


BANGKOK, 6 April. - Anggota Parti Komunis Politbro Vietnam dan Ketua Suruhanjaya Organisasi Jawatankuasa Pusat, Pham Minh Chinh, dipilih sebagai perdana menteri baharu pada Perhimpunan Agung (parlimen negara itu) lapor Sputnik.


Chinh, 63, dipilih bagi menggantikan Nguyen Xuan Phuc  yang dilantik menjadi presiden. Menurut Agensi Berita Vietnam, 462 daripada 466 anggota parlimen menyokong pencalonan Chinh yang dicadangkan Phuc.


Chinh pernah berkhidmat di bahagian perisikan asing dan kementerian keselamatan awam. Sejak 2010 beliau  menjadi anggota Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam. Pada 2016 beliau dipilih sebagai 18 anggota Politburo, organisasi politik tertinggi negara itu. - ©BERNAMA



Attachments