Manage PermissionsManage Permissions

Iran hasilkan sendiri vaksin Covid-19 secara besar-besaran

06/04/2021


TEHRAN, 6 April. - Iran bersedia untuk menghasilkan sendiri vaksin COVID-19 secara besar-besaran, lapor Agensi Berita Iran (IRNA) pada Selasa.


Ketua Eksekutif Imam's Directives (Setad) Mohammad Mokhber berkata selepas berjaya menyelesaikan percubaan klinikal fasa pertama, Setad telah memulakan fasa kedua pada pertengahan Mac lalu yang kini hampir selesai.


Beliau berharap Setad akan memperoleh permit untuk memulakan fasa ketiga dalam beberapa minggu lagi. Setelah fasa pertama percubaan klinikal peringkat ketiga bermula, Iran akan memulakan vaksinasi dengan kira-kira tiga juta dos vaksin Cov-Iran Barekat setiap bulan. - ©BERNAMA



Attachments