Manage PermissionsManage Permissions

14 maut, 54 cedera dalam dua nahas jalan raya di Ivory Coast

06/04/2021


ABIDJAN (Ivory Coast), 6 April. - Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam dua kemalangan berasingan yang berlaku di lebuh raya Abidjan, Ivory Coast lapor Agensi Anadolu. 

 

Kemalangan pertama dilaporkan di bandar raya Yamoussoukro selepas kenderaan membawa konvoi agama terbabas, menyebabkan enam maut dan 27 cedera.

 

Nahas kedua pula melibatkan pertembungan bas mini dan kenderaan persendirian yang mencetuskan kebakaran, meragut lapan nyawa dan mencederakan 27 yang lain.

 

Semua mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan.

 

Pada 1 April, sebuah bas dan kenderaan berat bertembung mengorbankan 16 orang di Ferkessedougou dan Ouangolo, di bahagian utara negara itu.

 

Berikutan peningkatan nahas jalan raya, Menteri Pengangkutan Amadou Kone mengarahkan polis trafik untuk meningkatkan pemantauan di jalan-jalan utama, bagi mengesan pengguna lebuh raya yang tidak mematuhi peraturan.

 

Antara punca utama menyumbang kepada berlakunya nahas jalan raya ialah pengaruh alkohol atau bahan perangsang lain, pemandu tidak cukup rehat dan masalah mekanikal. - ©BERNAMA



Attachments