Manage PermissionsManage Permissions

Semua golongan dewasa Amerika akan disuntik vaksin COVID-19 menjelang 19 April

07/04/2021

WASHINGTON, 7 April. - Presiden Joe Biden pada Selasa berkata semua golongan dewasa Amerika akan menerima vaksin COVID-19 masing-masing menjelang 19 April, lapor Agensi Berita Xinhua.


Beliau mengumumkan perkara itu selepas melawat pusat vaksinasi di Alexandria, Virginia. Sebelum ini sasaran yang ditetapkan menjelang 1 Mei.


Presiden Amerika Syarikat itu menyasarkan sejumlah 200 juta dos akan diberikan menjelang 100 hari pentadbirannya, setakat 75 hari sebanyak 150 juta dos sudah disuntik.


Pada masa sama beliau menggesa rakyat Amerika untuk terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan kerana perjuangan melawan wabak masih belum berakhir. - ©BERNAMA


Attachments