KUALA LUMPUR, 7
April. - Kuasa Usaha Venezuela ke Malaysia Morella Antoni Barreto López
baru-baru ini mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin.
Menurut kenyataan
Kedutaan Venezuela, sempena kunjungan itu Zuraida dan Lopez membincangkan
potensi dan kemungkinan untuk menjalinkan kerjasama baharu antara kedua-dua
negara.
Terutamanya
kerjasama dalam bidang pembangunan perumahan serta memperkukuhkan hubungan dua
hala sedia ada antara Malaysia dan Venezuela yang sudah terjalin selama tiga
dekad.
Kedutaan Venezuela
juga menjelaskan mengenai aspek dan pencapaian misi perumahan sosial Venezuela
'the Great Mission Housing Venezuela'. Hubungan diplomatik kedua-dua negara
bermula pada 18 Disember 1986. - ©BERNAMA