Manage PermissionsManage Permissions

JSJN Melaka lupus dadah bernilai lebih RM180,000

07/04/2021

MELAKA, 7 April. - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM181,495.67 di Ladang Tanah Merah A3 Division Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan di sini, hari ini.


Ketua JSJN Melaka Supt Zulkiflee Rashid berkata, dadah berkenaan melibatkan 1,896 kes dan kertas siasatan yang telah selesai dijatuhkan hukuman mahkamah, bagi tahun 1995 hingga 2000.


Beliau berkata barang kes yang dilupuskan antaranya, heroin sebanyak 445.351 gram (g), kanabis (1,467g), monoacetylmorphines (229g), methaphetamine (1,777g), ketamin (24g), moma (104 biji), mitragynine (221.465 liter), nimetazepam (326 biji) dan kafein (0.01g).


“Semua barang kes yang dilupuskan adalah barang kes yang telah selesai dianalisa oleh Jabatan Kimia dan telah selesai proses perbicaraan atau perundangan.


“Pelupusan barang kes berkenaan dilakukan oleh Syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd, yang mempunyai peralatan dan kepakaran dalam urusan pelupusan barangan berjadual, yang mematuhi kehendak piawaian alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - ©BERNAMA


Attachments