MOSCOW, April 7.
- Golongan kaya menyaksikan kekayaan mereka menokok sehingga 60 peratus ketika
dunia bergelut wabak selain 660 orang kini bergelar jutawan, catatan tertinggi
ketika ini, menurut Senarai Jutawan Dunia 2021 Forbes, lapor Sputnik.
Secara
keseluruhan, seramai 2,755 orang berjaya menempatkan diri ke senarai itu, juga
suatu rekod baharu. Mereka yang baharu tersenarai termasuk 210 orang dari China
dan Hong Kong serta 98 dari Amerika Syarikat.
Untuk empat
tahun berturut-turut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amazon, Jeff Bezos,
menduduki takhta lelaki terkaya dunia dengan mengumpul US$177 bilion keuntungan
bersih.
CEO SpaceX dan
Tesla, Elon Musk, yang dianggarkan memiliki kekayaan bersih US$151 bilion,
melonjak daripada tangga ke 31 ke tempat kedua. Jutawan barangan mewah
Perancis, Bernard Arnault, kekal di tempat ketiga.
Bill Gates,
pengasas Microsoft pula di tangga keempat dengan US$124 bilion.
Sementara itu,
pemegang saham utama dan pengerusi syarikat perlombongan Severstal, Alexey
Mordashov (US$29.1 bilion), buat pertama kali berada di tangga teratas jutawan Rusia.
Pengasas
aplikasi Telegram, Pavel Durov, buat pertama kali muncul dalam senarai 10
terkaya Rusia, selepas mengumpul US$17.2 bilion tahun lalu, berbanding US$13.8
bilion tahun sebelumnya. - ©BERNAMA