ANKARA, 7 April.
- Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan dalam perlawanan pertama
suku akhir Liga Juara-Juara Eropah UEFA apabila menundukkan Liverpool 3-1 di
gelanggang sendiri, lapor Sputnik.
Vinicius Junior
menyumbat dua gol dan Marco Asensio turut menemui gawang untuk membolehkan tuan
rumah meraikan kejayaan di stadium Estadio Alfredo Di Stefano di Madrid.
Mohamed Salah
menyumbat gol saguhati buat pasukan Liga Perdana Inggeris itu.
Pada satu lagi
aksi lapan terakhir, Manchester City menjinakkan Borussia Dortmund 2-1 di gelanggang
sendiri.
Aksi perlawanan
kedua suku akhir akan dilangsungkan pada 14 April. - ©BERNAMA