Manage PermissionsManage Permissions

Nakane ungguli peringkat keenam LTdL 2020

12/02/2020





GEORGE TOWN, 12 Feb (Bernama) -- Pelumba Jepun Hideto Nakane dari pasukan Nippo Delko Provence, memenangi peringkat keenam acara perlumbaan basikal berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 hari ini, yang meliputi jarak 150.9km dari Dataran Warisan, Taiping ke Padang Kota Lama, di sini.

 

Nakane dan pelumba Kazakhstan Gleb Brussenskiy dari pasukan Vino-Astana Motors melintasi garis penamat pada masa yang sama, namun pelumba dari Jepun itu diisytiharkan pemenang berdasarkan rakaman foto.

 

Ketua juri mengisytiharkan Nakane dan Brussenskiy mencatatkan tempoh yang sama 3 jam 29 minit dan 15 saat.

 

Pelumba Itali Samuele Battistella dari pasukan NTT Pro Cycling Team pula menduduki tempat ketiga, dengan perbezaan 0.04 saat di belakang mereka.

12022020_LETOUR.jpg 

GEORGETOWN, 12 Feb -- Pelumba Jepun dari pasukan Nippo Delko Provence, Hideto Nakane melambaikan tangan selepas berjaya memenangi saingan peringkat keenam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 sejauh 150.9 kilometer dari Dataran Warisan, Taiping ke Padang Kota Lama, Pulau Pinang hari ini.

Tempat kedua dimenangi oleh pelumba Kazakhstan dari Vino-Astana Motors, Gleb Brussenskiy manakala tempat ketiga dimenangi oleh pelumba Itali dari NTT Pro Cycling Team, Samuele Battistella.

--©BERNAMA


Attachments