Manage PermissionsManage Permissions

Arkeologi Mesir temui 83 kawasan perkuburan zaman kuno di wilayah Dakahlia

13/02/2020





MOSCOW, 13 Feb (Bernama) -- Sekumpulan ahli arkeologi Mesir menemui 83 kawasan perkuburan zaman kuno di daerah Umm al-Khiljan di utara wilayah Dakahlia, kata Kementerian Antikuiti.

 

Agensi berita Sputnik melaporkan, Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir, Mostafa Waziri, berkata sebanyak 80 dari 83 perkuburan yang ditemui itu, dibina pada separuh pertama milenium keempat SM.

 

Tapak perkuburan itu berbentuk bujur, menyimpan keranda tanah liat dan pelbagai barang antik yang lain.

 

Waziri berkata ia adalah tanah perkuburan pertama mempunyai keranda tanah liat yang ditemui di wilayah Dakahlia.

 

Mesir merupakan negara yang kaya dengan dengan peradaban kuno. Era "pharaonic" bermula pada milenium keempat SM dan berakhir pada 332 SM dengan penaklukan Macedonia.

-- BERNAMA


Attachments