Manage PermissionsManage Permissions

COVID-19: Angka kematian di China cecah 1,380, lebih 63,800 dijangkiti

14/02/2020





BEIJING, 14 Feb (Bernama) -- Jumlah mereka yang dijangkiti wabak penyakit COVID-19 di seluruh China meningkat kepada 63,851 orang dengan 1,380 pesakit meninggal dunia, lapor agensi berita Sputnik memetik Suruhanjaya Kesihatan China pada Jumaat.

 

"Sehinga tengah malam 13 Februari, Suruhanjaya Kesihatan menerima maklumat mengenai 63,851 kes penyakit radang paru-paru berpunca daripada koronavirus jenis baharu di 31 wilayah, termasuk 55,748 orang kini menghidap penyakit itu.

 

"Seramai 10,204 orang berada dalam keadaan kritikal, 1,380 meninggal dunia dan 6,723 dibenar keluar hospital," menurut kenyataan suruhanjaya itu.

 

Suruhanjaya itu menjelaskan wujud statistik tidak konsisten sebelum ini berpunca daripada data yang diperoleh di Wilayah Hubei, apabila 108 kematian dicatatkan dua kali.

 

COVID-19 – nama yang diberi untuk koronavirus jenis baharu - mula dikesan di Wuhan, wilayah Hubei, China pada Disember lalu dan sejak itu sudah merebak ke lebih 25 negara.

 

Minggu lalu, Pertubuhan Kesihatan Dunia mengisytiharkan darurat kesihatan global ekoran wabak berkenaan.

-- BERNAMA


Attachments