Manage PermissionsManage Permissions

Kos baik pulih menara jam lonceng Big Ben London meningkat

14/02/2020





LONDON, 14 Feb (Bernama) -- Kos membaiki menara Big Ben di Britain meningkat sebanyak £18.6 juta (24 juta USD), memetik media tempatan pada Khamis lapor agensi berita Anadolu.

 

Kerja-kerja baik pulih bermula pada 2017 di Menara Elizabeth, yang menempatkan jam loceng Big Ben itu. Menara itu dibina pada 1856, sejak itu ia menjadi mercu tanda ikonik kota raya London.

 

"Dengan keluasan 12 meter persegi (130 kaki persegi), terletak di tengah-tengah kawasan yang sibuk, kerja-kerja baik pulih berdepan banyak kesukaran," kata ketua pengarah Dewan Rakyat Ian Ailles.

 

Selain itu, katanya terdapat banyak isu lain lagi antaranya kaedah penyelenggaraan kurang sesuai yang digunakan pihak sebelum ini dan pencemaran bahan kakis," katanya.

 

Menara setinggi 96 meter (315 kaki) itu pernah dibom oleh Nazi Jerman pada Mei 1941.

 

Kerja-kerja baik pulih dijadual siap menjelang akhir 2021 dan setakat ini sebanyak £79.7 juta telah dibelanjakan.

-- BERNAMA

Attachments