Manage PermissionsManage Permissions

Hujan lebat berterusan diramal landa 12 wilayah di Tanzania

14/02/2020





DAR ES SALAAM, 14 Februari (Bernama). - Agensi cuaca Tanzania pada Khamis mengeluarkan amaran hujan lebat di 12 wilayah termasuk Dar es Salaam yang boleh mencetuskan banjir kilat, lapor agensi berita Xinhua.

 

Pihak Berkuasa Meteorologi Tanzania (TMA) berkata hujan lebat diramal melanda beberapa wilayah termasuk Coast, Tanga, Morogoro dan Dar es Salaam. TMA berkata pengangkutan dan perkhidmatan awam serta perniagaan mungkin akan terjejas, rumah yang terletak di sepanjang lembah berisiko tinggi untuk dihanyutkan.

 

Hujan lebat yang berterusan di negara timur Afrika menyebabkan sekurang-kurangnya 40 orang maut dan ratusan penduduk hilang tempat tinggal. – BERNAMA


Attachments