Manage PermissionsManage Permissions

Walscheid menang peringkat akhir LTDL 2020

14/02/2020





LANGKAWI, 14 Feb (Bernama) -- Pelumba NTT Pro Cycling Team, Maximillian Richard Walscheid merangkul kemenangan peringat kedua perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 apabila memenangi peringkat kelapan dan terakhir, di sini, hari ini.

 

Kejayaan pelumba Jerman itu membolehkan beliau dinobatkan sebagai Raja Pecut dengan memenangi jersi hijau.

 

Ini merupakan kemenangan kedua selepas memenangi perlumbaan peringkat ketiga dari Temerloh ke Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

 

Pelumba berusia 26 tahun itu menafikan pelumba Itali, Luca Paciono daripada pasukan Androni Giocattoli-Sidermec dan pelumba Australia, Taj Jones (Ara Pro Racing Sunshine Coast) pada saingan akhir sejauh 108.5km dari Dataran Lang ke Kuah.

 

Walscheid menamatkan perlumbaan Pulau Langkawi dengan catatan masa 2 jam 29 minit 08 saat manakala Pacioni dan Jones masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga pada penamatan secara berkelompok.

 

Dalam pada itu, pasukan benua negara, Team Sapura Cycling (TSC) merangkul dua jersi menerusi pelumba dari Itali, Danilo Celano selaku juara keseluruhan (jersi kuning) dan pelumba negara, Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff meraih gelaran Raja Bukit dengan jersi merah.

 

Sementara itu, pelumba dari Kazakhstan, Yevgenly Deorov memenangi jersi putih apabila dinobatkan sebagai Pelumba Terbaik Asia.

-- BERNAMA

 


Attachments