Manage PermissionsManage Permissions

Seorang maut helikopter terhempas di Perancis

13/09/2021

PARIS, 13 Sept. - Seorang maut selepas sebuah helikopter terhempas berhampiran bandar Villard-de-Lans di Isere, tenggara Perancis pada Ahad, kata Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin.

 

"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan mangsa. Terdapat lima orang di dalam helikopter itu," katanya menerusi Twitter.

 

Helikopter perkhidmatan awam yang dalam perjalanan untuk membantu pendaki gunung yang cedera itu dilaporkan terhempas kira-kira 4.30 petang waktu tempatan (2:30 GMT), lapor Xinhua memetik televisyen BFM.

 

Punca nahas masih disiasat dan operasi menyelamat sedang dijalankan. - ©BERNAMA


Attachments