Manage PermissionsManage Permissions

Korban Taufan Conson di Filipina meningkat kepada 17 orang

13/09/2021

ANKARA, 13 Sept. - Angka korban akibat Taufan Conson yang melanda sebahagian Filipina meningkat kepada 17 orang pada Ahad.

 

Menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana, kira-kira 9,000 bangunan mengalami kerosakan dan sistem pengangkutan terjejas, lapor Agensi Anadolu.

 

Kira-kira 24 orang dilaporkan cedera sementara tujuh masih hilang dan lebih 313,000 penduduk terjejas akibat bencana itu. - ©BERNAMA


Attachments