Manage PermissionsManage Permissions

Indeks dagangan China-ASEAN naik 141 peratus

13/09/2021

BEIJING, 13 Sept. - Indeks perdagangan China-ASEAN menyaksikan kenaikan 141.09 peratus pada 2020 berbanding tahun 2010, memetik pengumuman Jabatan Am Kastam China (GAC) dan kerajaan wilayah Guangxi.

 

Pengumuman itu dibuat di Forum Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Sambutan Ulang Tahun ke-30 Hubungan Dialog China-ASEAN sempena Ekspo China-ASEAN ke-18.

 

"China dan negara ASEAN telah bersama-sama menubuhkan sistem indeks yang saintifik dan bercirikan perdagangan.

 

"Dengan wujudnya sistem tersebut, jabatan kerajaan dapat membentuk dasar perdagangan secara berfakta, dan memberikan sokongan maklumat kepada syarikat import dan eksport bagi tujuan membuka pintu lebih luas kepada dunia luar serta menarik pelaburan, tenaga profesional dan konsep tadbir urus korporat berkualiti tinggi dari negara lain," menurut pengumuman itu.

 

Selain itu, indeks berkenaan turut memaklumkan situasi perdagagan China-ASEAN secara amnya memperlihatkan perkembangan amat memberangsangkan, manakala indeks dagangan dua hala terus meningkat selepas 2010.

 

Indeks perdagangan China-ASEAN direkodkan sebanyak 241.09 peratus pada tahun lepas atau bersamaan dengan peningkatan 19.64 peratus berbanding 2019.

 

Sepanjang hubungan dialog China-ASEAN sejak 30 tahun lalu, skala perdagangan China-ASEAN berkembang sehingga 85 kali ganda.

 

Pada 2020, ASEAN menjadi rakan dagangan terbesar China, untuk enam bulan pertama tahun ini, jumlah perdagangan dua hala menokok sebanyak 38.2 peratus , sekali gus mengekalkan momentumnya yang kukuh. - ©BERNAMA


Attachments