Manage PermissionsManage Permissions

Dua maut pesawat ringan terhempas di perairan Greece

14/09/2021


ATHENS, 14 Sept. - Sebuah pesawat ringan terhempas di perairan pulau Samos, Greece di Laut Aegean pada Isnin menyebabkan dua penumpang maut, lapor Xinhua memetik Agensi Berita AMNA.


Kedua-dua mayat ditemukan Pengawal Pantai tempatan. Pesawat Cessna 172 itu dalam perjalanan menuju ke Samos dari Israel sebelum terhempas.


Punca nahas masih disiasat. - ©BERNAMA




Attachments