Manage PermissionsManage Permissions

China import 1500 hasil pertanian, makanan dari ASEAN

14/09/2021



BEIJING, 14 Sept. - Jabatan Am Kastam China (GAC) pada Isnin memaklumkan, hasil pertanian dan makanan yang dieksport dari negara ASEAN ke China mencatat hampir 1,500 jenis setakat ini.


Menurut GAC, China memperluas import hasil pertanian dari negara ASEAN sejak beberapa tahun lalu dengan menyaksikan peningkatan 10.3 peratus pada 2020 berbanding tempoh sama tahun 2019.


Untuk lapan bulan pertama tahun ini pula, jumlah import hasil pertanian dari ASEAN direkodkan meningkat sebanyak 41.7 peratus.


Dalam perkembangan lain, Mesyuarat Menteri-Menteri mengenai Kerjasama Kuarantin Haiwan dan Tumbuhan serta Keselamatan Makanan China-ASEAN ketujuh secara maya turut diadakan pada hari sama.


Pada mesyuarat tersebut, Naib Pengarah GAC, Wang Lingjun berpendapat, kerjasama antara China dan ASEAN dalam bidang tersebut amat penting dalam kerjasama ekonomi dan perdangangan kedua-dua pihak.


“Ia memainkan peranan penting dalam merangsang dagangan dua hala, khususnya pertumbuhan perdagangan hasil pertanian,” katanya. 


Sempena mesyuarat itu juga, laman web Maklumat Kerjasama Kuarantin Haiwan dan Tumbuhan serta Keselamatan Makanan China-ASEAN yang telah dinaik taraf turut dilancarkan dan mula beroperasi. - ©BERNAMA




Attachments