Manage PermissionsManage Permissions

PUISI

24/10/2015

CINTA SIBER

Biarpun tanpa wajah dan suara
ia berjaya menemukan dua jiwa
persoalannya…
wujudkah keikhlasan di dalamnya?
atau ianya sekadar persinggahan
mengisi hati yang kesunyian
sejauh mana cinta itu masih
mampu bertahan
hanya takdir yang menentukan
oleh itu berhati-hatilah
dengannya jangan mudah
meletakkan sepenuh kepercayaan
kerana ada kalanya cinta siber
hanya mainan perasaan
yang hadir tanpa diundang
tiba waktunya bagaikan lelayang
yang putus talinya lalu berterbangan
di awangan tanpa arah tujuan
hingga akhirnya terputus tanpa ikatan.


ILUSI JIWA

Dalam ilusi malam
tiada bintang berani tampil
aku yang kian sendiri
bagai ranting yang kian jatuh ke bumi
tiada dahan yang menumpang
dedaun kerinduan yang kian gugur
debunga cinta yang kian layu
entah mengapa
adakah kemarau kemesraan
kembali tandus
atau hujan kecurangan melanda
namun yang pasti
pucuk kerinduan kembali sepi
kerana kepuraan kemarau dan hujan
namun apakan daya
rindu pada yang belum pasti
sayang pada yang tak setia
buah keriangan tidak semanis dulu
yung tinggal hanyalah
kepahitan, kesedihan dan kekecewaan.


PENGHIJRAHAN MA'NAWI

Bila ku tatap wajahmu
bertudung litup begitu
ceria dan ayu
aku terpegun berbisik dihatiku
Ya Allah inilah hidayah dariMu
tidak terniat untuk emngimbas
masa nan lalu
ku tadahkan tangan mengucap
syukur pada ilahi
diharap dikau tabahkan ketakwaanMu
menjadi seri teladan penuh ma'nawi
Ya Allah Maha Pemurah dan Pengampun
insan kerdil boleh merancang
apa saja hakikatnya Allah yang
Maha Agung nikmat dan rahmatnya
tidak terkira dunia ini ibarat ladang
yang gersang taburkan benih
yang segar hijau merendang
disana nanti jadi sebaik-baik
bekalan jadilah insan solehah
menjana keimanan.


KEINSAFAN

Laungan azan
mengejutkan aku
pada suatu kelalaian
yang telah lama bersarang
mercemaskan sekujur tubuh
yang makin kering bagai
disambah teriknya
mentari
Dan secara tiba-tiba
lantaran kenanganku
berlari mengintai celahan
waktu damai tenang dan
sejuknya bersama seruan
memujimu
bangkitlah perasaan ini
yang telah jauh
memujamu semoga keinsafan
bertahta dihatiku selamanya.


ARMIMAHWATI YUSOF

Attachments