Manage PermissionsManage Permissions

Halaman Puisi

07/03/2015

SEBUAH PENGISYTIHARAN
HARI KEMERDEKAN
(NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1984)

 

Allahhu Akbar! Allah Maha Besar
Allahhu Akbar! Allah Maha Besar
Allahhu Akbar! Allah Maha Besar.


Subahanallah! Maha Suci Engkau Ya Allah!
Subahanallah! Maha Suci Engkau Ya Allah!
Subahanallah! Maha Suci Engkau Ya Allah!
Engkaulah Pencipta langit dan bumi
Di bumi ini aku dilahirkan
Di bumi inilah tempatku berpijak
Brunei Darussalam
Bumi Bertuah
Bumi makmur
Membawa perdamaian dan keamanan
Engkau jua yang Maha Pengampun.


SEBUAH PENGISYTIHARAN KEMERDEKAN

Sebagai tanda daulat dan kekuasaan
sebuah negara dunia.
Tahun 1984
Itulah tahun keramat dan berkat
Negara Brunei Darussalam
Lahirlah negaraku membawa sebuah
perutusan:
Kedamaian, keselamatan dan kesejehteraan
Untuk manusia sejagat.


BRUNEI DARUSSALAM
Dengan konsep Melayu lslam Beraja
Kekal selamanya bertapak di bumi
Brunei Darussalam
Bekerjasama dengan semua masyarakat
antarabangsa
Bantu-membantu, bersefahaman,
hormat-menghormati dalam hak
kemerdekaan
di atas kedaulatan dan kejujuran
tanpa campuran tangan negara asing.


Negara kita jua mengisyitaharkan
Bangsa Melayu: Sebagai Ketuanan Bangsa
Agama lslam: Sebagai Agama Rasmi
Negara
Beraja: Sebagai Ketua Pemimpin Negara
Yang Unggul.
Sebuah pengisytiharan kemerdekaan
Tetap terpahat dalam tinta sejarah
Untuk diketahui oleh generasi dan putih
Brunei Darussalam,
Anak-anakku,
Kelahiranmu di bumi ini bukan kita yang
meminta
Tetapi di bumi inilah kita dilahirkan
Di bumi inilah kita disemadikan
Justeru itu, berjuanglah untuk bumi persada
Dengan mengejar cita dan sebuah harapan
Tuntutlah ilmu setinggi-tingginya.
llmu adalah sumber cahaya
llmu adalah sumber kekuasaan
llmu adalah sumber kebahagiaan
llmu adalah sumber keperkasaan
Jangan malas dan lalai dalam menuntut
ilmu.


Sempena Hari kebangsaan Kita Ke-31
Dengan tema: Generasi Berwawasan
Jadilah kamu belia yang maju dan perkasa
Belia yang sentiasa mencorakkan
Kesejehteraan, kebahagiaan dan
keselamatan
Itulah harapan dan doa konsep Negara
MELAYU ISLAM BERAJA.


Allahhu Akbar!, Allahhu Akbar!,
Allahhu Akbar!
Subahanallah!, Subahanallah!,
Subahanallah!
Alhamdulillah, Alhamdulillah,
Alhamdulillah.


Haji Sulaiman Bin Haji Duraman


MERDEKA BUKAN TEMBOK KACA


Alam mayaku, negara tumpah darahku yang
sudah merdeka
untuk anak-anak, negara, bangsa dan ugama
fahami erti jiwa yang merdeka, apa yang
tersurat di dalamnya
selepas dijajah, kita mendapat kebebasan
mutlak
bertanggungjawab sendiri, memerintah
sendiri tanpa
dicampuri lagi oleh penjajah, agar anak
bangsa tahu dan merasakan
apa itu merdeka? Bagaimana merdeka?
Atau ketika sampai kini
merdekakah anda sudah? Merdeka itu
ibarat sekuntum bunga yang mekar dan
segar
setiap orang ingin menghampiri mendekati
untuk mencium baunya
kita kini membina sebuah empire yang
sedang membangun dan berkembang
dan dayung sudah ditangan menuju
ke pulau bahagia
terpulang kepada kemudi hala tujunya
kebebasan itu jangan dijadikan tembok kaca
kita kuat berugama dan masih kuat dalam
adat dan budaya bangsa, anak-anak watan
harus bersemangat
menanai erti perjuangan ini untuk dinikmati
selama-lamanya
perjuangan di dalam erti kata merdeka,
untuk
dirasakan bersama-sama tanpa
berbeda-beda
dan kemerdekaan bukan untuk batu
loncatan
untuk sesuka hati
mengambil kesempatan meraih keuntungan
dan kekayaan.


Haji Mat Noor Matussin @ Sagap


PAPARAN WAJAH HARI KEBANGSAAN


Kini telah tiba saatnya berdetik
bersinar bagai intan datang bergolek
wajah yang ayu dihias cantik
menambat dihati amat menarik
hadirnya juga tiada berbisik.


Begitulah hadirnya Hari Kebangsaan
hasil dari usaha dan fikiran
yang begitu berat dan menekan
pahit getir semua dirasakan
namun ia hanya sekadar kenangan
yang tetap menjadi ingatan.


Kini kita tidak lagi kempunan
bagai punggok merindu bulan
Kerana hajat sudah kesampaian
sudah dipeluk dibalai dengan ihsan
disanalah kasih sayang dicurahkan.


Kini sudah pun semakin dewasa
begitu bersemarak dengan serinya
begitu indah mengukir didada
wajah yang ayu semakin jelita
betapa kita tetap semakin berbangga.


Hari Kebangsaan, semakin menyala
mewarnai wajah seminta Negara kita
bertambah berseri dan berupa
mengamit bangsa setiap masa
agar kita tiada lalai dan tiada lupa
kisih sayang membalai mesra.


Kini kita menuju haluan baharu
yang terlalu banyak bercelaru
namun kita tidak akan membeku
malah kita akan terus memburu
sesuatu yang dirasa begitu perlu
demi kepentingan bangsa negara maju.


Walaupun kita hidup bersuku-suku
amalkanlah hidup bersatu padu
bekerjasama berganding bahu
saling wujud bantu membantu
antara yang lain dan satu demi satu.


Hari Kebangsaan,
mengimbau lahirnya kesedaran
memupuk ikatan setia persaudaraan
rumpun bangsa berbimbing tangan
bekerjasama menyinsing lengan
begitulah antiknya Hari Kebangsaan
mempaparkan negara damai dan aman
Idaman seluruh warga dan watan.


M.S.Sofian


TANAH AIRKU


Tanah airku yang hijau
Tanda hidup makmur yang segar
Tanah airku yang subur
Tanda sesuai jika diusaha dengan teratur
Ini tanah pertanian
Ini tanah perladangan
Ini tanah perindustrian.
langkah perjalanan menuju puncak
patut berjalan rancak apa kehendak
Tanah airku
Brunei Darussalam.


Tanah airku
Sungguh pun kecil seperti siar
Banyak tanah-tanah terbiar
Dibiar tumbuh semak belukar
Banyaknya jika dihitung ribuan ekar
Tempat payau dan ular
Tidur berlingkar
Segenap ujung dan jungkar.
kaki tangan dan minda mesti cikar
untuk rnembungkar diurak seperti tikar
Tanah airku
Brunei Darussalam.


Tanah airku
Jangan dibiar tanah terbiar
ada disegenap ujung dan jungkar
Menjadi hutan menjadi belukar
Apakah itu pekara yang sukar
Seperti mengawat sebuah bangkar?
Tidak, tidak
Ada visi dan misi dipuncak yang cikar
bagi melakar bangsa yang sedar
Tanah airku
Brunei Darussalam.


Tanah airku
aku hidup aman dan damai
menjalankan kewajipan merangani
keluarga yang ramai
Jika ada perancangan memajukan
Tanah-tanah terbiar menjadi belukar
Ekonomi rakyat di luar bandar dapat
bersandar.
hati di dalam tiadalah gusar
Tanah airku
Brunei Darussalam.
Tanah airku
Tanah merdeka minda terbuka
Langkah perjalanan mu ke mana suka
Jangan leka mengubah rupa
Nanti wajah yang ria ditimpa duka
hidup akan menjadi merana
jika ada luka ubat lah segera
usaha gigih berlipat ganda.


Tanah airku
Brunei Darussalam.


Tanah airku
Tanah merdeka
Jangan melangkah di hujung senja
Mesti beriga diwaktu mega
Jangan banyak tidur mesti banyak jaga
Membangun negara bangsa siap siaga.
berbagai sektor mesti dibuka
tenaga yang muda dilipat ganda
kemahiran yang banyak perlu ada
Tanah airku
Brunei Darussalam.


K. Manis


TANAH AIRKU TERCINTA


Tanah airku
Negara tercinta
Harum namamu serata dunia
Taat setianya kepada Raja
lslam Melayu Beraja
Falsafah negara
Bahasa Melayu bahasa rasmi
Hendaklah disanjung sepenuh dada
digunakan ia luar dan dalam semua pejabat
Tanah airku
Brunei Darussalam.


Tanah
Negara beraja
Sebagai pemimpin turus
Rakyat menjunjung taat setia
Tidak ada berbelah bagi
Hidup bahagia
Hidup sentosa
Dimercu jaya
Tanah airku
Brunei Darussalam.


Tanah airku,
Brunei Darussalam
Indah dan cantik luar dan dalam
Penduduk aslinya 7 Etnik
Brunei Kedayan,Tutong, Dusun, Murut,
Bisaya dah Belait
Hidup Harmoni kaya budayanya
sebagai khazanah tinggi nilai negara.
mesti ditatang mesti dipelihara
Tanah airku,
Tumpah darahku
Akan dipertahankan dengan jiwa ragaku
Agar kekal aman sentosa
Di kampung dan desa
Mesti diperkasakan
kehidupan rakyat tiada kesta.
Tanah airku
Brunei Darussalam.


Tanah airku
Indah gemilang
seluruh rakyat harus menjulang
jangan ada berasa walang
kibarkan bendera tanda kemanangan
kemuncak jaya
Tanah Airku
Brunei Darussalam.
Tanah airku
adalah negaraku
Tanah airku
Tempat hidup bangsaku
Tanah airku
Negara bertuah
Tanah airku
Hidup rakyatnya yang mewah
Tanah airku
Brunei Darussalam.


K. Manis

Attachments