Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 19/10/2019

19/10/2019

BALAI Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengandungi sebanyak 4,733 bahan artifak dan manuskrip. 1,599 di antaranya ialah manuskrip-manuskrip Islam yang ditulis di dalam bahasa Arab, Melayu, Farsi dan Urdu, yang mana kebanyakan manuskrip ini adalah lengkap, asli, ditulis oleh penulis asalnya dan berusia di antara 400, 500, 600, 800 dan lebih 1,000 tahun.
Contoh manuskrip-manuskrip Islam utama yang terdapat dalam Balai Khazanah Islam itu ialah manuskrip-manuskrip mushaf AL-Quran dan Kitab Ihya 'Ulum al-Din yang ditulis oleh Imam al-Ghazali pada tahun 488 Hijrah bersamaan 1095 Masihi dan besar kemungkinan Balai Khazanah Islam itu mengandungi koleksi manuskrip-manuskrip Islam yang terbesar di dunia.

SUMBER : Pelita Brunei, Edisi Isnin, 14 Oktober 2019.


Attachments