Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 26/10/2019

26/10/2019


Penduduk warga emas di negara ini dijangka meningkat sebanyak 7.8 peratus pada tahun 2021, iaitu tiga tahun dari sekarang dan ini memberikan kelayakan kepada Brunei sebagai sebuah negara penuaan, yang mana orang-orang yang lebih tua adalah melebihi tujuh peratus daripada jumlah penduduk.

Sebagai langkah persediaan dan perancangan untuk menghadapi peningkatan bilangan warga emas di negara ini, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah dan akan meneruskan menyediakan perkhidmatan komprehensif dan berkualiti terhadap golongan warga emas ini, bukan sahaja perkhidmatan yang dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat, malah lebih penting lagi melalui program-program yang dilaksanakan melalui Pelan Tindakan Isu Warga Emas.

SUMBER: Pelita Brunei, Edisi Rabu, 23 Oktober 2019.


Attachments