Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 02/11/2019

02/11/2019

JUMLAH kelahiran hidup bagi Negara Brunei Darussalam pada tahun 2018 adalah sebanyak 6,199 Kelahiran berbanding dengan 6,452 kelahiran pada tahun 2017, iaitu menunjukkan penurunan sebanyak 3.9 peratus.

Jumlah kelahiran hidup ini terdiri daripada 3,239 kelahiran lelaki (52.3 peratus) dan 2,960 kelahiran perempuan (47.7 peratus). Terdapat seramai 109.4 kelahiran lelaki  bagi setiap 100 kelahiran perempuan berbanding dengan nisbah kelahiran sebanyak 109.8 pada tahun 2017. 

Kadar kelahiran kasar pada tahun 2018 adalah sebanyak 14.0 kelahiran hidup bagi setiap 1,000 penduduk, iaitu menurun daripada 15.0 kelahiran hidup pada tahun 2017. Daripada jumlah keseluruhan kelahiran kelahiran hidup, kira-kira 31.7 peratus atau 1,968 kelahiran merupakan kelahiran bagi kumpulan umur ibu 30 - 34 tahun. Ini diikuti oleh kumpulan umur ibu 25 - 29 tahun (30.9 peratus atau 1,913 kelahiran) dan 35 - 39 tahun (17.5 peratus atau 1,086 kelahiran).

SUMBER : Buku Perangkaan Vital 2018, terbitan Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi.


Attachments