Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 09/11/2019

09/11/2019

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) menyumbangkan kewangan sejumlah BND63,200 kepada 51 buah masjid, surau dan balai ibadat yang terpilih di seluruh negara.

Selaras dengan dasar dan tujuan YSHHB, sumbangan tersebut khusus bagi mengadakan majlis atau aktiviti sempena Maulidur Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1441H / 2019M.

Daripada jumlah penerima tersebut, sebanyak 19 buah masjid, surau dan balai ibadat adalah di Daerah Brunai dan Muara; 19 buah di Daerah Tutong; empat buah di Daerah Belait dan sembilan buah di Daerah Temburong.

SUMBER : Pelita Brunei, Edisi Sabtu, 19 Oktober 2019.

Attachments