Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 23/11/2019

23/11/2019

PROGRAM Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) dilancarkan secara rasmi pada 28 Mac 2015. Bermula April 2016 sehingga Mac 2019, iaitu setelah tiga tahun 3PSA dilaksanakan, sebanyak 26 jabatan yang banyak berurusan dengan orang ramai telah dinilai melalui 3PSA bagi Tahun Kewangan 2016 / 2017 dan 2017 / 2018 dan tujuh jabatan lagi telah dinilai bagi Tahun Kewangan 2018 / 2019.

Hasil penemuan penilaian berkenaan dan pengesahan oleh Jawatankuasa Khas, lapan jabatan telah dikurniakan Sijil Pengiktirafan, iaitu bagi jabatan yang memperoleh tiga bintang (BAIK), enam jabatan telah dikurniakan Sijil Pengiktirafan semasa Acara Kemuncak / Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Ke-25, Tahun 2018, iaitu Jabatan Perancang Bandar dan Desa; Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan; Jabatan Perkhidmatan Farmasi; Jabatan Hal Ehwal Syariah; Jabatan Tanah dan Jabatan Buruh. Sementara pada tahun ini, dua jabatan telah dikurniakan Sijil Pengiktirafan, iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

SUMBER: Pelita Brunei, Edisi Isnin, 18 November 2019.


Attachments