Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 14/12/2019

14/12/2019

PROJEK Penternakan Ikan Atlantic Salmon dijangka akan menjana 145 peluang pekerjaan dan akan membekalkan produk-produk ikan seperti Fish Fillets dan Smoked Salmon ke pasaran serantau dan juga tempatan.

Baru-baru ini, Dana Modal Pembangunan Strategik, Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama 8F Asset Management Pte.Ltd., sebuah Syarikat Pengurus Dana Private Equity dari Republik Singapura.

MoU tersebut akan memberi rangka kerja bagi kerjasama pelaburan ke dalam satu fasiliti penternakan Ikan Atlantic Salmon menggunakan teknologi Recirculating Aquaculture System (RAS) dengan kapasiti penghasilan 10,000 tan ikan setahun.

   SUMBER : Pelita Brunei, Edisi Rabu, 11 Disember 2019.


Attachments