Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 21/12/2019

21/12/2019


LARANGAN pertama Perintah Persaingan iaitu perjanjian anti-persaingan yang juga dikenali sebagai kartel akan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2020. Perjanjian ini dibuat di antara dua atau lebih peniaga melibatkan penetapan harga, perkongsian pasaran, pengawalan pasaran ataupenipuan bidaan.


Perintah ini dikenakan kepada perusahaan (termasuk peniaga persendirian, perkongsian, dewan perdagangan dan persatuan perniagaan) yang terlibat dengan aktiviti komersial tanpa mengira kedudukan pemilik.


Objektif penguatkuasaan Perintah Persaingan adalah bagi memupuk persaingan yang sihat di landskap ekonomi Negara Brunei Darussalam selaras dengan matlamat ekonomi jangka masa panjang bagi mencapai ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan ke arah Wawasan 2035.


SUMBER : Pelita Brunei, Rabu, 18 Disember 2019.


Attachments