Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 28/12/2019

28/12/2019

KESATUAN Astronomi Antarabangsa (IAU) telah mengiktiraf nama baharu untuk exoplanet (HD 179949b) dan bintang induknya (HD 179949) sebagai Mastika dan Gumala. Kedua- dua nama tersebut dikaitkan dengan permata  dan  batu  yang  berharga dalam bahasa Melayu. Nama berkenaan telah dicadangkan oleh Pengiran Mohammad Rezal bin Pengiran Haji Osman melalui penganjuran program NameExoWorlds oleh Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam. Sebanyak 112 pasangan nama exoplanet dan bintang induknya diberikan nama melalui Kempen IAU100 NameExoWorlds telah diumumkan di sidang media di Paris pada 17 Disember 2019 melibatkan penyertaan lebih daripada 780,000 orang di seluruh dunia.


SUMBER : Pelita Brunei, Edisi Sabtu, 21 Disember 2019.


Attachments