Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 11/01/2020

11/01/2020

PUSAT Penyelidikan Lanjutan (CARe), Universiti Brunei Darussalam akan menjalankan Kajian Demografi dan Sosioekonomi Daerah Belait bermula pada Oktober 2019 sehingga Februari 2020. Ia dijalankan di Mukim Kuala Belait, Mukim Seria dan Mukim Liang menyasarkan mereka yang berumur 18 tahun hingga 65 tahun terdiri daripada rakyat dan penduduk tetap di negara ini.

Tujuan kaji selidik ini adalah untuk mengenal pasti dan memerhatikan dimensi-dimensi ciri-ciri demografi dan sosioekonomi serta isu-isu alam sekitar di Daerah Belait. Ini termasuk, ciri dan corak penduduk, isu dan masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk Daerah Belait, ciri pendidikan, tahap kemahiran belia tempatan, dan dimensi sosioekonomi yang lain.

SUMBER : Siaran Akhbar Universiti Brunei Darussalam, 14 Oktober 2019.


Attachments