Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 08/02/2020

08/02/2020

KEMENTERIAN Hal Ehwal Dalam Negeri melancarkan laman sesawang 1 Kampung 1 Produk (1K1P) pada 18 Januari 2020. Ia merupakan salah satu inisiatif KHEDN bagi menyediakan platform tambahan dalam memasarkan produk-produk 1K1P yang terdapat di keempat-empat buah daerah dan bertujuan untuk mempromoskan dan meluaskan lagi pasaran produk-produk 1K1P kepada masyarakat tempatan dan juga luar negeri yang memaparkan maklumat pengusaha 1K1P yang lengkap termasuklah nama, alamat dan nombor perhubungan pengusaha terlibat, selain maklumat seperti nama produk, harga dan gambar produk-produk 1K1P.

Sebagai permulaan, seramai 30 pengusaha 1K1P dan lebih 100 jenis produk-produk 1K1P telah dimuat turun ke dalam laman sesawang berkenaan.

SUMBER : Laman sesawang 1K1P - www.1k1p.gov.bn.


Attachments