Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 15/02/2020

15/02/2020

JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Perdana Menteri berpindah dan mula beroperasi di alamat baharu pada 2 Januari 2020. Pemindahan bangunan ini adalah bertujuan untuk memudahcarakan dan meningkatkan lagi perhubungan dengan orang ramai.

Oleh itu, orang ramai yang ingin berurusan dengan pegawai dan kakitangan di jabatan ini, bolehlah terus datang ke lokasi baharu tersebut, pada waktu perkhidmatan, iaitu Isnin hingga Khamis dan Sabtu, jam 7.45 pagi hingga 11.30 pagi; dan pada sebelah petang, jam 1.30 petang hingga 4.00 petang.

Alamat tersebut adalah Simpang 156, Jalan Kumbang Pasang, Bandar Seri Begawan, BA1311, Negara Brunei Darussalam.

Orang ramai yang berhasrat untuk menghubungi jabatan ini boleh berhubung melalui e-mel rasmi jabatan, iaitu info.psd@psd.gov.bn.

SUMBER : Siaran Akhbar Jabatan Perkhidmatan Awam, 14 Januari 2020.


Attachments