Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 29/02/2020

29/02/2020

SURUHANJAYA Persaingan Brunei Darussalam (SPBD) melancarkan laman sesawang rasmi bagi orang awam dan peniaga untuk mempelajari dengan lebih lanjut mengenai Perintah Persaingan yang akan berkuat kuasa secara berfasa, mulai 1 Januari 2020. Laman sesawang boleh diakses di www.ccbd.gov.bn.

Bagi menggalakkan kepatuhan peniaga, laman sesawang Suruhanjaya Persaingan memuatkan maklumat praktikal mengenai amalan-amalan yang dilarang di bawah perjanjian anti-persaingan (kartel) juga garis pandu yang berkaitan, termasuk mekanisme aduan dan peranan peniaga dalam menghentikan kartel seperti di dalam Garispandu Kelonggaran (Leniency Guidelines).

Laman sesawang juga menyediakan bahan-bahan rujukan seperti Soalan-soalan Lazim; Garispandu Persaingan bagi Peniaga; dan Memahami dam Mengesan Tipuan Bidaan di dalam Perolehan Awam, juga perkembangan mengenai aktiviti-aktiviti sosialisasi utama yang diadakan setakat ini, termasuk dialog bersama peniaga dan vendor perolehan awam.

SUMBER : Siaran Akhbar Suruhanjaya Persaingan Brunei Darussalam 1 Januari 2020.


Attachments