Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 07/03/2020

07/03/2020

SPESIES siput baharu yang ditemui di Tebing Sungai Kuala Belalong, Temburong kini mempunyai nama baharu, Craspedotropis Grethathunberga sempena nama aktivis alam sekitar remaja terkenal dunia dan calon Hadiah Nobel, Greta Thunberg.

Haiwwan kecil itu ditemui berhampiran tebing sungai di Pusat Kajian Lapangan Kuala Belalong, Daerah Temburong oleh sekumpulan penyelidik antarabangsa dan pegawai tempatan Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Biodiversity Data Journal, Craspedotropis Grethathunberga itu merupakan spesies siput kecil dengan saiz hanya dua milimeter panjang dan lebar satu milimeter, mempunyai sesungut berwarna kelabu dan cangkerang cekung.

Sumber : Siaran Akhbar UBD, 26 Februari 2020.


Attachments