Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 28/03/2020

28/03/2020

DALAM usaha bersama mengawal dan membendung penularan jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi memaklumkan kepada orang ramai bahawa bermula Sabtu, 21 Mac 2020, waktu beroperasi Pos-pos Kawalan JPD iaitu Pos Kawalan JPD Sungai Tujoh, Pos Kawalan JPD Kuala Lurah, Pos Kawalan JPD Ujong Jalan dan Pos Kawalan JPD Labu adalah diselaraskan bersama waktu-waktu Operasi Pos Kawalan Imigresen di tempat-tempat yang sama iaitu yang sebelum ini beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam adalah dipendekkan kepada 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.

Dalam hubungan ini, JPD ingin mengingatkan kepada orang ramai untuk merancang perjalanan melalui darat bagi mengelakkan daripada kelewatan keluar masuk melalui mana-mana pos kawalan JPD.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi JPD melalui talian +67
3 2451979 / 80 / 81 sambungan 111 atau 201 semasa waktu pejabat atau e-mel kepada info_ltd@land-transport.gov.bn.

SUMBER : Siaran Akhbar Jabatan Pengangkutan Darat, 23 Mac 2020.


Attachments