Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 04/04/2020

04/04/2020


MENTERI di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan  dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Projek Jambatan Penghubung Daerah Brunei Muara dan Daerah Temburong memaklumkan, Jambatan Penghubung Daerah Brunei Muara dan Daerah Temburong telah dibuka pada Selasa, 22 Rejab 1441H/17 Mac 2020M mulai dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari, dan kemudiannya diubah dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang. Makluman tersebut dibuat pada Sidang Media bagi Status Terkini Jangkitan COVID-19 pada 6 Mac 2020.


Hanya kenderaan yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam dalam Kelas I, III, IV dan VI yang dibenarkan menggunakan jambatan tersebut. Penggunaan basikal adalah tidak dibenarkan sama sekali. Walau bagaimanapun, bagi kenderaan-kenderaan komersial yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam dalam Kelas V, kebenaran hendaklah dipohonkan melalui Bridge Maintenance Office.


SUMBER : Pelita Brunei, Rabu, 18 Mac 2020.


Attachments