Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 11/04/2020

11/04/2020

PEMBINAAN Makmal Virologi tambahan yang terletak di Jalan Sumbiling, Bandar Seri Begawan telah dilaksanakan bagi menampung keperluan ujian makmal COVID-19. Sehubungan itu Majlis Penyerahan Kunci dan Perasmian bangunan disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md Isham bin Haji Jaafar pada 30 Mac 2020. Bangunan ini akan berfungsi sebagai Unit Molekular Diagnostik bagi jangkitan virus respiratori dan akan dikhususkan bagi ujian penganalisaan COVID-19. Unit tersebut mempunyai empat buah bilik utama iaitu makmal penerimaan contoh, makmal memproses contoh, makmal penyediaan reagent dan makmal amplification.

Dengan terbinanya bangunan tambahan ini, kapasiti ujian sampel akan dapat ditingkatakan lagi dengan menggunakan prosedur semi-automated. Kapasiti ujian sampel dengan menggunakan kaedah manual.

SUMBER : Pelita Brunei,Rabu, 30 Mac 2020.


Attachments