Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 02/05/2020

02/05/2020


PERPUSTAKAAN Dewan Bahasa dan Pustaka telah memperkenalkan kepada orang ramai dengan salah satu perkhidmatan perpustakaan iaitu sistem e-Buku yang menyediakan bahan-bahan digital termasuk e-buku dalam pelbagai genre, perubatan, e-Jurnal dan buku Audio. Bagi orang  ramai yang berhajat untuk mengakses e-buku tersebut boleh melayari portal perpustakaan https://www.librarybrunei.gov.bn/li-brary/dbp/e-buku.

E-Buku ini dibukakan secara percuma kepada ahli-ahli perpustakaan yang berdaftar sebagai bahan bacaan tambahan di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebanyak 40,601 buah e-Buku boleh diakses oleh pengguna perpustakaan setakat ini.

Bagi sebarang pertanyaan awda juga boleh menghubungi melalui talian +673 2235501 sambungan 121 atau melalui aplikasi WhatsApp +673 8266880.

SUMBER : Pelita Brunei. Sabtu, 4 April 2020


Attachments