Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 30/05/2020

30/05/2020

ATAS perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi memaklumkan bayaran Cellular Mobile Subscriber Licence (CMSL) Fee, iaitu Yuran Tahunan sebanyak BND25 yang dikenakan kepada setiap pengguna perkhidmatan Cellular Mobile di Negara Brunei Darussalam adalah ditiadakan bermula 24 Januari 2020.

Langkah ini adalah satu usaha dalam pembaharuan dasar ke arah menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Pintar, di samping menjadikan perkhidmatan-perkhidmatan telekomunikasi lebih mudah dan mampu untuk dimiliki oleh orang ramai dan semua lapisan masyarakat dan seterusnya untuk meningkatkan tahap kesediaan masyarakat untuk mengguna pakai teknologi dan perkhidmatan digital yang baharu.

SUMBER : Pelita Brunei, Rabu, 22 APril 2020


Attachments