Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 20/06/2020

20/06/2020

SEBANYAK 15 ribu naskhah 'Buku Panduan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri' dan 15 ribu naskhah buku "Teks Khutbah  Hari Raya Aidilfitri Pertama dan Kedua' yang diterbitkan oleh  Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan  cetakan ihsan dari Jabatan Percetakan Kerajaan telah diagihkan kepada orang ramai sempena tibanya bulan Syawal tahun ini.


Buku ini khusus untuk orang ramai menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri di kediaman masing-masing pada 1 Syawal 1441H kerana Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri tidak dapat dilakukan seperti lazimnya di masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara  kerana risiko penularan jangkitan wabak COVID-19 di negara ini.


SUMBER : Pelita Brunei, Sabtu, 23 Mei 2020.


Attachments