SEMBAHYANG Fardu Jumaat mula diadakan pada 6 Syawal 1441 Hijrah bersamaan 29 Mei 2020 Masihi di semua masjid dan surau di seluruh negara semenjak penutupan masjid-masjid diumumkan pada 16 Mac 2020 berikutan dengan ancaman penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Sejumlah 41,381 orang membuat tempahan slot bagi menunaikan Sembahyang Fardu Jumaat melalui aplikasi BruHealth di kesemua masjid di seluruh negara bagi menunaikan Sembahyang Fardu Jumaat pada minggu pertama masjid dibuka.
SUMBER: Pelita Brunei, Isnin, 1 Jun 2020.