Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 04/07/2020

04/07/2020

POLITEKNIK Brunei melancarkan kereta prototaip Yakin IV, iaitu kenderaan cekap tenaga ultra, yang menerima Penghargaan (sebutan Khas) bagi Anugerah Rekaan Kenderaan dalam Pertandingan Virtual Shell Eco Marathon Asia Off-Track baru-baru ini.

Pasukan Politeknik Brunei, di mana semua ahlinya terdiri daripada wanita merupakan satu-satunya pasukan dari Negara Brunei Darussalam yang menggunakan kebanyakan material gentian karbon, sekali gus mengurangkan berat kenderaan tersebut sebanyak 6 peratus. Rekaan baharu badan kereta Yakin IV, diasaskan dengan simulasi meluas dan dimodelkan agar ia lebih aerodinamik juga cekap, dengan mengutamakan keselamatan.

SUMBER : Pelita Brunei, Isnin, 11 Jun 2020


Attachments