Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 11/07/2020

11/07/2020

SERAMAI seribu orang bakal jemaah haji telah ditangguhkan untuk menunaikan ibadat haji tahun ini dan orang-orang yang berurusan sendiri, sama ada belayar dari dalam negeri atau luar negeri. Penangguhan ini adalah kerana keadaan yang masih belum selamat daripada ancaman wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia.


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan sokongan Majlis Ugama Islam Brunei untuk menangguhkan penghantaran jemaah haji Negara Brunei Darussalam tahun 1441H / 2020M. Penangguhan ini juga adalah berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan yang telah membentangkan senario dan situasi global pandemik COVID-19 bahawa masih ada kerisauan berhubung keadaan jangkitan pandemik itu.


SUMBER : Pelita Brunei, Sabtu, 13 Jun 2020.


Attachments