Ruj. Tahukah Awda? 25/07/2020

25/07/2020

UNIVERSITI Teknologi Brunei (UTB) meningkatkan kedudukannya di Quacquarelli Symonds (QS) World University Rangkings 2021 (QSWUR 2021) yang baharu diterbitkan pada posisi ke-350, meningkat 29 anak tangga. Menurut laporan dari QS, Nisbah fakulti Pelajar di UTB meningkat 29 posisi yang menjadikannya terkuat tahun ini dengan jumlah skor 91.5 peratus. UTB juga mendapat skor tertinggi bagi Nisbah Fakulti Antarabangsa sebanyak 99.3 peratus dalam pengiraan bahagian fakulti bukan tempatan.


Dalam edisi 2020 QS Asia University Rangkings, UTB berada di kedudukan ke-137 yang menjadikan UTB antara 150 buah universiti teratas di Asia dan 25 peratus teratas di antara lebih 500 buah institusi yang dinilai di seluruh benua. UTB juga satu-satunya universiti di negara ini yang dinilai Lima Bintang oleh QS.


Sumber : Pelita Brunei, Sabtu, 13 Jun 2020


Attachments