Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 08/08/2020

08/08/2020

SEKTOR percetakan negara kini menandakan sebuah pencapaian yang baharu dengan revitalisasi Jabatan Percetakan Kerajaan (JPK) yang dijadikan entiti korporat baharu dinamakan Syarikat Print Plus Sdn. Bhd. (Print Plus).
 
Bermula 1 Julai 2020, kesemua perkhidmatan percetakan yang sebelumnya di bawah kawalan JPK dipindahkan kepada Print Plus, iaitu sebuah anak syarikat yang dimiliki penuh oleh Syarikat Darussalam Assets Sdn. Bhd. (Darussalam Assets). Dengan adanya transformasi ini, Print Plus akan menjadi sebuah syarikat percetakan yang beroperasi penuh secara komersial dengan tujuan untuk menampung keperluan percetakan tempatan dan di rantau ini.
 
Sumber: Pelita Brunei,Rabu, 1 Julai 2020 


Attachments