Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 29/08/2020

29/08/2020

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan penubuhan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam sebagai badan teknikal kepada Kementerian Tenaga untuk memantau operasi minyak dan gas, termasuk mengawal selia sektor haluan dan hiliran pada titah baginda sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-74, Tahun 1441 Hijrah / 2020 Masihi.


Ini sehubungan dengan loji penapisan minyak dan petrokimia di Pulau Muara Besar yang telah pun mula mengeksport minyak yang dihasilkan. Baginda berharap projek yang berskala besar ini dapat menyumbang kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekaligus meningkatkan peluang-peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan.

 

Sumber: Pelita Brunei,Rabu, 15 Julai 2020 

Attachments