Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, dengan kolaborasi bersama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) secara rasminya melancarkan Program Gerai Hujung Minggu Pasar Kitani, iaitu sebuah program yang akan memberikan platform alternatif bagi memasarkan hasil produk pertanian para pengusaha dan peladang tempatan dalam usaha untuk mengukuhkan lagi sektor pertanian di negara ini.
Aktiviti jualan program ini juga dapat diakses secara dalam talian melalui aplikasi Ta-Pow. Orang ramai boleh mendapatkan khidmat penghantaran terus melalui aplikasi tersebut. Program ini diadakan setiap Ahad, bermula dari jam 6.00 hingga 11.00 pagi.
Sumber : Pelita Brunei, Isnin, 10 Ogos 2020.